Saturday 1 September 2012




Prof Dr. Ridzwan Hashim


Profesor Dr. Haji Ridzwan Haji Hashim P.M.Kdilahirkan pada 3 Mei 1951 di Nipah Bachok, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1969 dan di peringkat Diploma dalam bidang Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya, Serdang pada tahun 1969. Beliau memperoleh Ijazah Pertama dari Louisiana State University pada tahun 1974 dan seterusnyaIjazah Sarjana dari University of Arkansas, USA (1975-1976) dan kembali berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam bidang Fisiologi dan Farmakologi di Universiti Of Strathclyde dan dianugerahkan Doktor Falsafah di universiti yang sama pada tahun 1982. Namun, sumbangan beliau yang paling penting serta penuh bermakna kepada rakyat Malaysia dan pembangunan ekonomi negara ialah di dalam penyelidikan tentang Timun Laut dan Gamat yang telah bermula seawal tahun 1983. Penemuan Gamat Emas (Stichopus hermanii) iaitu antara spesies terbaik gamat adalah salah satu penemuan penting yang pernah dikemukakan oleh beliau sepanjang penyelidikan tersebut.
Prof. Dr. Ridzwan Hashim kini bertugas sebagai Dekan di Kulliyyah of Science, di Universiti Islam Antarabangsa, Kampus Kuantan, Pahang. Sebagai penyelidik, pensyarah dan penyelia pelajar-pelajar peringkat Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda, beliau juga merupakan penulis pelbagai buku dan makalah-makalah serta jurnal-jurnal ilmiah. Sungguh membanggakan, hasil kajian beliau yang dimuatkan dalam buku Sumber Makanan Persisiran Laut Sabah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993 sehingga kini menjadi rujukan utama para penyelidik dan individu yang terlibat dalam kajian kehidupan laut di Malaysia.
Prof. Dr. Ridzwan yang sering diundang membentangkan kertas-kertas penyelidikan ke persidangan-persidangan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga sering ke udara dalam program TV3 dan RTM seperti Rancangan Bincang Petang, beberapa dokumentari, serta akhbar utama tempatan dan majalah, selain sering dirujuk sebagai penasihat pembikinan dan penggambarandokumentari tentang Gamat dan Timun Laut di Malaysia.
Di atas komitmen yang tidak berbelah bagi dan minat yang cukup mendalam dalam kehidupan laut dan penyelidikan marin, Prof. Dr. Ridzwan Hashim telah diberi kepercayaan untuk mengetuai sekumpulan penyelidik dengan bantuan geran IRPA (Kementerian Sains dan Teknologi-1997).
Hasil kajian beliau mengenai penghasilan Gamat di dalam sangkar khas telah menerima pengiktirafan dalam The Malaysian Book of Record, Edisi New Millenium 2000 sehingga diiktiraf sebagai penternak timun laut pertama di Malaysia.

Sunday 4 March 2012

KRIM URUT GAMAT SERBAGUNA


  • Formulasi asas monggunakan ekstrak gamat tulen yang dapat membantu mengurangkan lenguh,sakit otot,sendi,batuk dan sesak nafas.ianya juga dapat membantu melegakan masalah migrain atau pening(mabuk) serta memberi rasa kelegaan selepas diurut

     Kandungan :
  • Stichopus Extract, Menthol, Methly Salicylate, Staric Acid, Glycol Monostearate,D-Panthenol, Eucalyptus Oil, BHT, Diazolidinyl Urea, Methylparaben, Propylparaben, Deionized Water

     Cara Penggunaan :
  • Sapu serta urut perlahan-lahan di tempat yang sakit atau bermasalah pada bila-bila masa yang diperlukan.

PELEMBAP BIBIR


  • Rumusan menggunakan ekstrak gamat tulen yang diperkaya dengan vitamin berasaskan mineral dan mudah diserap. Kelembapan semulajadi dapat membantu melindungi bibir agar tidak kering/merekah dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau sejuk. Kandungan Vitamin E membantu memulihkan kerekahan/kecederaan pada bibir yang sensitif.

     Kandungan :
  • Stichopus Extract Polydecene, Hexydecanol, Ricinus Communis, Hexyldecyllaurant, Methylparaben, Propylparaben, Jojoba Wax


    Cara Penggunaan :
  • Sapu atau oleskan pada bibir. Boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

LOSYEN BADAN GAMAT (SPF 30)




  • Diformulasikan dengan keunikan bahan asli semulajadi, suci, tanpa pewangi serta bebas daripada bahan terlarang dan steroid.Formulasi berasaskan air yang mudah dibersihkan sewaktu berwuduk.sistem perlindungan UVA/UVB - memberi perlindungan pada kulit daripada kerosakan disebabkan oleh sinaran matahari.memelihara dan mencegah serta merawat kulit daripada kering ,melecur,gatal serta ruam dalam keadaan cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.memulihkan kekeringan/kerekahan pada tumit dan juga tapak kaki.

     Kandungan :
  • Stichopus Extract, Parafin Liquidum, Tocopheral Acetate, Glycerin Micronized, Zine Oxide, Micronized Titanium, Dioxide, Ethylene Glycol Monostearate, Diazolidinyl Urea, Propylene Glycol, Methylparaben, Propylparaben, Deionized Water

     Cara Penggunaan :
  • Sapu ke permukaan kulit badan termasuk muka dan juga tapak kaki sebaik-baiknya selepas berwudhuk. Boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.